Thursday, May 17, 2012

xandria sakit lagi...

salam semua, xandria baru je check out dari hospital (13 may 2012). mmg tak perasan pun pagi khamis tu dia mcm biasa je wlpun suhu badan naik sikit, then mommy bagi paracetamol. tgh hari mommy bawa pg RSAT, confirm demam. so doc bagi PCM je la. yang peliknyer sampai ke petang suhu dia tak jugak turun around 37.something, so mommy nekad nak bawa ke hospital. sampai sana dia masih active and doc pun suruh balik dulu. masa tu mommy dh suruh daddy balik, daddy pon trus balik dr penang. malam tu suhu dia naik lagi, sampai 38, dah jeram dengan air asam jawa masih tak turun . last sampai dia muntah , dah mommy terus bawa pegi hospital suhu kat sana 39.7! duk hospital la jawabnyer..

nasib baik la xandria tak kena sawan tarik rupanya banyak lagi baby-baby yang kena demam sampai kena sawan tarik. majoriti yang ada semua kena penyakit yang sama. malam khamis, jumaat , sabtu kami berkampung kat hospital then ahad baru discharge. tapi selama 2 malam tu mommy berjaga malam yer, anak dara merengek tak nk tido, mata terbeliak.klau ngantuk pun kejap dia lelap pastu, menangis.......... Tuhan je tau betapa kena kuat semangat mommy nak tengok xandria selamat dan sihat semula. waktu tu rindu dgn xandria masa dia sihat..

alhamdulillah, so sekarang xandria dah sihat, bukan sepenuhnya tapi dah active mcm biasa.. lega rasa tapi mommy yang tak lega, penat dan rasa nak pengsan. diibaratkan cermin yang retak seribu! memang nak kena massage nih, kepala berat sangat-sangat.

oh lupa hari smalam, sabtu 12 mei hari jururawat, HAPPY NURSES'S DAY! sebenarnya kalau nak diikutkan banyak jasa nurse nih. 3 hari duduk kat hspital, nurse ni dah mcm ibarat ibu yang datang lihat, bantu , buat segalanya utk anak (patient) . bukan tu saja , mana-mana patient yang tak boleh mandi, dia lapkan. kita pun belum tentu dapat buat kerja mcm nih. shift malam je, masih berjaga sediakan ubat,check patient.
macam-macam lah, so buat semua nurse didunia, TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN DAN LAYANAN ANDA. ANDA YANG BANYAK MEMBANTU KAMI SIHAT!

No comments:

Post a Comment