Saturday, October 13, 2012

Bermesra dgn 10 aircraft

Hari ni kapal dari labuan dtg ke sini, so mommy plan bawa xandria tengok airoplane.tak sangka pulak kapal one zero yang dtg. Wah menyengih la daddy. Kat malaysia cuma kapal ni je satu kaler loreng...
Ape lagi lepas rindu la bergaya sakan amik gambo...





Lil diva ke salon....

First time potong rambut kat salon, mula2 nangis, then ok.
Abis potong trus cari pintu keluar.rambutnyer sgt gonjeng sbb potong pendek sampai atas kening! Daddy dia trauma... Hahahahaha


Tuesday, September 11, 2012

SELAMAT HARI LAHIR, anakku

Hari  khamis (6 sept 2012 )yg lepas, mommy celebrate birthday xandria yg pertama. Seronok sgt, ramai kawan2 xandria yang dtg.

Mungkin terlalu awal untuk xandria tahu apa yg terjadi,  tapi itu akan menjadi kenangan..

Untuk xandria, mommy n daddy luv u so much honey! Be a good girl dunia dan akhirat.semoga Allah melindungimu dan merahmati hidupmu, sayangku.







Beraya di melaka

Salam syawal.entry ni utk semua tengok gambar xandria beraya bersama keluarga di melaka... Seronok sgt!

Dah lama mommy tk balik Melaka sampaikn ibu merajuk hati dgn mommy, jadi kesempatan raya tahun nih, mommy angkut semua beraya di Melaka.

Xandria enjoy dgn keluarga nenek. Suka dia tgk orang rama-ramai. Pakngah emy bg dia rm 50. Terima kasih...









TUN MAHATHIR MOHAMMAD,lelaki terhebat didunia!

Salam,

Raya hari tu mommy sempat ke rumah terbuka TUN di seri kembangan. Alhamdulillah tercapai hajat mommy utk bjumpa Tun bsalam dn berjumpa isterinya. Itu dinamakan rezeki. Terlalu ramai yg dtg beratur utk jumpa sampai kami rasa tk de chance utk jumpa. Dgn kuasa Allah, mommy terjumpa pengawal peribadi Tun dn minta laluan VIP utk kami. Semuanya blaku dlm sekelip mata dan mommy dpt bjumpa dgn dia.

Mommy terlalu mengagumi Tun, dn Tun adalah org melayu islam yg disegani dunia krn kebijaksanaannya dlm mentadbir negara. Alhamdulillah hasil kerja kerasnya, Malaysia adalah negara yg moden dan aman serta maju. Dikenali satu dunia. Tanpanya mungkin org luar tidak tau negara kita.

Disini mommy selitkn sebahagian gambar bersama mantan perdana menteri Malaysia, TUN MAHATHIR dan Isteri.






Sunday, September 09, 2012

malasnyer saya

salam merdeka dan salam 1 malaysia...

lately ni rasa malassss sangat-sangat nak update blog. tapi dah ter update nih momy nak update psal xandria sikit..

sejak menjak nih anak dara nih dah dapat kaki, kehulu kehilir  sampai jatuh muka terhantuk kerusi kat klinik tadi. dah tepi mata berdarah. ya Allah mommy ingat terhantuk kat dahi. sebelum tu at parking kata daddy masa mummy dukung terkena jugak kat mata. ermm cuainyer momy.

kesian xandria, takpelah semua dijadikan pengajaran buat mommy. harap2 tak berlaku lagi...


Thursday, August 16, 2012

Kasut baru xandria!

Minnie mouse by adidas...

Please komen!


Xandria start nk tatih!

Awesome, start 14ogos, msa iftar dgn pulatibang 1, anak dara ni dh start nk bjalan, then smalam mlm dia try lg. Hopefully raya nih dia dh blh bjln!

Sebab nk pkai baju kebaya nyonya! Lol... Good job,  baby X!

Sunday, August 12, 2012

Tukar kereta?

Daddy balik servis kereta dia bw good news.dia survey kereta wish, tahun 2006, monthly dlm thousand one. Ermm mahalnyer.sambil mummy menyemprit biskut semprit td, mommy fikir better bli kereta baru tpm bkn mpv la. So dh target honda civic!

Then mommy pon bgtau kt daddy, dia tk berkenan sgt. Last dia ckp mitsubishi lancer, harga sama dgn civic.ok sgt!

So survey la civic, huh mahal je lebih..survey plak mitsubishi, amboi suka daddy! Masih lg nk calculate blh ke tidak.insyaAllah ada rezeki, ada laa yer!




Friday, August 10, 2012

Muka siapa yer?

Klau semua yang jumpa xandria mesti tnya ikut muka siapa!

Ok sempat mommy belek2 gambar dlm facebook, mmg dh aim lama dah, now mommy dh dapat, jeng jeng jeng guess who?

Of course la tok mak! Yes ni mmg ikut muka tok mak, gebus gebus wlaupun tokmak dh berumur! Tok mak cantik tau masa muda! Kalah sarimah...

Nnti klau ada gambar tokmak muda2, mommy upload k!


Monday, August 06, 2012

Saya demam!

Smalam xandria dh start demam, tk panas sgt la dlm 37.6. Mommy dh bg paracetamol dn xandria active mcm biasa.maybe sbb gigi nk tumbuh lagi kot?

Ni ada carta utk pertumbuhan gigi xandria.alhamdulillah sgt cepat gigi dia tumbuh. Mungkin gigi yg baru ni yg buat ank mommy demam! Takpelah, mommy jaga xandria yer. Yang penting anak mommy cepat-cepat sihat!



Sunday, August 05, 2012

Xandria dh pandai tgk toys dah..

Sejak dah pandai tgk toys, ermm asal lalu je mula haaaaa, ada je bunyi yg nak bgtau dia xcited tgk toys. So setiap kali ke shopink mall mesti beli satu biji toys or ballon then main la benda alah ni..... (tgk gambar) asalkan dia hepi, mommy and daddy pon happy! Bijak dah anak dara mommy! Tapi kalau dia main mesti org lain tak blh kacau! Dia mesti tolak, tgk la dia tolak daddy dia, isssh kudukut mcm mommy!

Dia ni bkn nak sgt main pun.kat rumah byk dah toys dia.kadang- kadang dh naik malas nak belikan tapi kesian pulak bila tgk dia nak sangat-sangat! Ermm layankan....


Saturday, August 04, 2012

Setahun sudah berlalu

Alhamdulillah, selamat hari lahir anakku. Sudah setahun anak dara mommy, semoga Allah merahmati kamu sayang! Lama tak update blog nih, rasanya nak dekat 2bulan. Ok lepas mommy upload utk tablet mommy, lepas ni mommy sentiasa mengupdate berita terkini anak dara mommy, apapon 21 july yang lepas hari lahir pertama anak dara mommy!

Nak tengok tak muka anak dara nih selepas usia setahun? Ok mommy upload yer!


Thursday, May 17, 2012

xandria sakit lagi...

salam semua, xandria baru je check out dari hospital (13 may 2012). mmg tak perasan pun pagi khamis tu dia mcm biasa je wlpun suhu badan naik sikit, then mommy bagi paracetamol. tgh hari mommy bawa pg RSAT, confirm demam. so doc bagi PCM je la. yang peliknyer sampai ke petang suhu dia tak jugak turun around 37.something, so mommy nekad nak bawa ke hospital. sampai sana dia masih active and doc pun suruh balik dulu. masa tu mommy dh suruh daddy balik, daddy pon trus balik dr penang. malam tu suhu dia naik lagi, sampai 38, dah jeram dengan air asam jawa masih tak turun . last sampai dia muntah , dah mommy terus bawa pegi hospital suhu kat sana 39.7! duk hospital la jawabnyer..

nasib baik la xandria tak kena sawan tarik rupanya banyak lagi baby-baby yang kena demam sampai kena sawan tarik. majoriti yang ada semua kena penyakit yang sama. malam khamis, jumaat , sabtu kami berkampung kat hospital then ahad baru discharge. tapi selama 2 malam tu mommy berjaga malam yer, anak dara merengek tak nk tido, mata terbeliak.klau ngantuk pun kejap dia lelap pastu, menangis.......... Tuhan je tau betapa kena kuat semangat mommy nak tengok xandria selamat dan sihat semula. waktu tu rindu dgn xandria masa dia sihat..

alhamdulillah, so sekarang xandria dah sihat, bukan sepenuhnya tapi dah active mcm biasa.. lega rasa tapi mommy yang tak lega, penat dan rasa nak pengsan. diibaratkan cermin yang retak seribu! memang nak kena massage nih, kepala berat sangat-sangat.

oh lupa hari smalam, sabtu 12 mei hari jururawat, HAPPY NURSES'S DAY! sebenarnya kalau nak diikutkan banyak jasa nurse nih. 3 hari duduk kat hspital, nurse ni dah mcm ibarat ibu yang datang lihat, bantu , buat segalanya utk anak (patient) . bukan tu saja , mana-mana patient yang tak boleh mandi, dia lapkan. kita pun belum tentu dapat buat kerja mcm nih. shift malam je, masih berjaga sediakan ubat,check patient.
macam-macam lah, so buat semua nurse didunia, TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN DAN LAYANAN ANDA. ANDA YANG BANYAK MEMBANTU KAMI SIHAT!

Selamat hari ibu

rasanya dah berhari-hari dah terlepas nak wish selamat hari ibu kat blog nih. so malam ni amik kesempatan nak wish SELAMAT HARI IBU buat arwah Bonda, HJH BIDAH yang telah lama kembali ke rahmatullah. semoga Allah mengmpunkan setiap dosa Bonda dan terlepas dari azab kubur dan api neraka. walaupun anakmu ini bukannya anak yg solehah yang taat, tapi anakmu ini tetap mendoakan mu dan mensedekahkan Alfatihah untuk bonda serta ayahanda di sana.. semoga Allah mengampuni dan semoga bonda dan ayahanda bahagia disana. halalkan setiap titik air susu, setiap titik keringat dan apa saja ketika membesarkan anakanda mu ini. Alfatihah..


sebak bila teringat kedua org tua yang telah tiada, kalau ditanya kekuatan diri ni, jiwa ni ibarat jambatan yg hanya bergantung kepada satu tiang, bila-bila boleh jatuh berderai menyembah bumi. itulah yg mommy rasa sejak kedua org tua mommy tiada lagi. hanya suami dan anak saja yg tinggal untuk mommy meneruskan sisa-sisa kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran.

hari ibu tahun ni tak disambut dimana-mana tempat yang istimewa, kebetulan tarikh yang jatuh tu xandria baru je nak keluar dari hospital setelah 3 malam disana. balik rumah je trus terbongkang tido, kononnya malam nak jugak keluar sambut tapi tak larat sangat-sangat. daddy beriya-iya ajak tapi mommy memang tak larat. jadi mommy cadangkan beli saja tapau tomyam , kita makan berdua. ermm tak romantik betul mommy ni kan!!

tapi tq to daddy yang bersusah payah cuba celebrate bersama, insyaAllahtahun depan kita sambut bersama yer..


apapun SELAMAT HARI IBU buat seluruh ibu didunia ini. semoga ibu-ibu menjadi contoh terbaik untuk anak-anak generasi akan datang..

salam sayang

mommy xandria

Sunday, May 06, 2012

bila si comel dah pandai panjat katil

holla, salam semua. lama tak post n3 kat blog nih, mana tak bz sekarang jaga anak, melayan anak, urus rumah tangga lagi. lagipun internet teruk sikit, slom movin gitu..

lately ni anak dara nih dah panjat katil, bila sampai atas laju je pegi kat kepala katil, mommy yang gayat. aduh cukuplah sekali dulu jatuh yang..nanti jatuh lagi kang!

sekarang ni si comel dh bertambah active, mommy da belikan dia car seat, of course la dari brand sweet cherry.. kat penang tau mencari. so takdelah susah payah nak memegang bila berjalan naik kereta. kena pulak daddy pegi kursus sebulan, ingat senang ker nak bawa dia keluar tanpa car seat. kira ini salah satu penyelamat. xandria comfortable sangat dengan car seat baru dia. oh mommy nak cari kejap then boleh upload, harga pun tak berapa mahal sgt.just nice!
Cleo carseat
cleo carseat RM269.00

tapi pilihan mommy kaler merah, sweet kan ada kaler kelabu..  ok car seat ni boleh adjust. 3 positions adjustable reclining backseats, so kalau jalan jauh boleh la baringkan jika baby/anak-anak mengatuk. jadi takde lah duduk je sepanjang jalan, lebih-lebih lagi kalau jalan jauh. so pada yang masih nak mencari carseat yang terbaik untuk anak, boleh lawat laman sesawang sweet cherry. just click then boleh tengok la, boleh beli secara online atau pun pergi terus ke AEON yang terdekat.kalau nasib baik, ada la stok..

ok mommy nak upload gambar Xandria kat johnson baby contest. manalah tau terpilih ker. ok selamat malam, daaa!

Monday, April 30, 2012

Xandria dah nak berdiri

sekarang ni dah berdiri hujung katil, panjat katil.alih-alih dah ada atas katil. berderau dada mommy tau. macam nilah dia budak bijak. mana tempat dapat dia diri, abis dia diri. tu blom tergolek kebelakang..

aritu dah terpercik minyak dah kat tepi mata. dah mcm kucing kerong dah muka tu. selagi tak rasa tak puas kan. haaa itupun bkn tau rasa sakit.mcm ni lah anak.

mata kanan kena percik minyak




nanti  kalau ada benda-benda pelik dia buat, mommy update lagi yer....

Wednesday, April 25, 2012

rumah kena ambush keluarga pultibang 1!

ok smalam after dinner duk bebual kosong ngan hubby, 'mlm ni sape la kna serbu?'.. hubby " klau diaorg nak serbu ada bg hint' . mommy'ok klau diaorg serbua rumah kita, kita lari ikut belakang'. then after dinner semua naik atas, ulaka aktivit mcm biasalah, tgk berita, layan xandria and mommy pengsan sbb petang tadi main futsal..

tak lama hubby masuk bilik cakap ada aircraft charlie dr subang dtg AS. ok tapi tak dpt nak keluar sebab kena jaga anak.mommy pun sambung tido. tak lama, ding dong, ding dong.. ahh ni mesti kena ambush, mommy pun keluar kat balcony tgk bawah. wahh semua berlenggang kankong gitu serbu umah. apa lagi kelam kabut ler tukar baju... turun je buka pintu, semua sengih jek.. ok masuk-masuk buat mcm rumah sendiri , kat bawah ni sebahagian dari gambar smalam...

hidangan potluck dh terhidang


sebahagian dari tetamu

dan sebahagian lagi


jiran terbaik, kak azza..gambar ni semua dia yang punya


exo pulatibang 1, mej ami cai, yang duduk baju merah tu CO pulatibang 1 Mej Gurooh

sebahagian dari pilot instructor Pulatibang 1



at the same time smalam 24 apr bday daddy, mommy mcm biasa lah berlakon buat tak tau... tapi tunggu dis saturday..ada kejutan untuk daddy....

mereka semua pilot instructor dari pusat latihan terbang 1 yang melahirkan ramai pilot-pilot muda TUDM. sebahagian dari Squadron Fighter, Squadron Transport dan juga Squadron VIP. kami semua disini berpeluang mengenali antara satu sama lain kerana mereka semua dibawah squadron yang sama...

alhamdulillah, kami isteri-isteri tentera udara dapat berkumpul melakukan aktiviti bersama dibawah  BAKAT. satu badan kebajikan untuk isteri-isteri tentera. disini kami melakukan bermacam-macam aktiviti bagi mengenal lebih rapat lagi..

inilah dunia tentera udara...

Saturday, April 21, 2012

makan-makan instructor & student KTU 2012

alhamdulillah, semuanya seleai wlaupun  masak pukul 11 pagi & tetamu datang pukul 1.30 tgh hari. sempat buat cake lagi hokey...

network mlm ni sangat la seloww, jadi tak dapat nak upload gambar-gambar petang tadi... nantila mommy upload  ok...

Friday, April 20, 2012

anak dara dah nak masuk 9 bulan ...

budak  bertuah, asyik kacau mommy je, semakin demand dan kuat melalak.. kadang-kadang dia buat mommy geram sangat-sangat......

ini pun dia kacau mommy nak update blog. mcm ni rupanya melayan karenah budak bijak, kadang-kadang rasa nak telan aje... dah ler daddy selalu sibuk, jarang kat rumah, budak nih pun susah nak tido...sabar sabar..

sabtu nih 21 april 2012 genap masuk 9 bulan. ntah apa lagi la karenah baru dia nak buat. ishh anak-anak, ini baru sorang!

Thursday, April 19, 2012

lama tak jumpa....

lately nih memang tak sempat nak update apa-apa entry kat blog nih, maklumlah mommy balik bercuti ke shah alam & johor, jadi sepenuhnya denga keluarga. cuma hari tu sempat masukkan entry pasal xandria sakit je. itupun pinjam laptop haziq (sepupu xandria)..

rasanya dekat 2 minggu jugak la tinggalkan rumah, seminggu lebih di shah alam, 3 hari di johor, then ahad balik ke AOR. penat nyer, xandria pon dah start meragam sebab penat berjalan. tak de apa yang menarik cuma sempat la ziarah kubur arwah mak & ayah. jumpa kawan-kawan, jiran-jiran...

masih takde idea nak menaip, insyaAllah akan datang mommy update lagi!

Monday, April 09, 2012

hari ni belanja sakan beli kereta baru xandria.....



rasanya dah habis 4 ribu beli barang anak dara, mommy punyer barang ada la dua helai baju jek. ishh geram betul!

stroller baru xandria
tadi mencari stroller untuk xandria, dapat sebijik, yang best tu kaler pink. so nice!  harga RM  239.00, melayang lagi, siap ngan eksesori, barang-barang xandria yang lain, total RM 300.00. bila fikit , takpe pelaburan jangka masa lama punyer, (cehh nak sedapkan hati)

 stroller yang ini buat display kat rumah sebab sangat berat dan besar, 9 kg hokey! dapat harga RM278.00
bila cakap dengan daddy trus dia cakap, mahalnyer!! tapi dia blom tgk lagi. sure suka sebab kaler pink. sebagai ganjaran, kena belanja mommy shopping hokey!

Joybi Buggy
stroller lama yang banyak berjasa, harga dalam RM99.00 jek
stroller lama nih dah uzur sangat jadi kena ganti dengan yang baru. then masa nak buang tadi sayu je rasa, siap cakap macam tinggalkan xandria kat tepi tong sampah. aduh berbelah bagi sangat-sangat. banyak berjasa walaupun dah uzur.

dah ada dlm wish list! RM299.00 ajeeee
so barang xandria tinggal car seat jek, (buat masa nih la) . so daddy its your turn yer laling!

Wednesday, April 04, 2012

wow xandria's play yard!

26024 Safety Play Yard

rasanya dah puas cari play yard. akhirnyer rezeki dapat kat my life bukit jelutong.brand my dear puas hati mommy, murah plak tu RM380.00. harga sebenar RM 459.90. so banyakkan dapat discout!

sekarang ni tak payah risau lagi dah, cuma nak kena jahit tilam nipis untuk letak kat dalam . so kalau tergolek takde la sakit sangat.. melayang duit mommy & daddy. anak-anak sekarang nih memang mahal betul!

Botol susu baru xandria

mommy beli botol baru untuk xandria. tergoda dek kaler pink tu la. tetapi anakku ini tak pandai minum guna botol nih. abis meleleh . aduh, mahal mommy bli, baby! nak tak nak kena la tukar botol baru lagi..

smalam pegi the curve bli botol biasa disney anakku. beli dua. satu besar, satu kecik. boleh la. itupun macam bocor jgak. rasanyer dia nak botol kiko jugak yang sesuai... sabar ajela!

xandria alergic telor!

jumaat lepas daddy balik kerja, we all semua balik ke shah alam. then the next day xandria's aunt duk bising tgk budak ni kecik je. mula la buat teori nak bagi telur separuh masak. malam tu daddy kena balik AOR coz the next day daddy kena pegi gong kedak. the next morning, its sunday, bermula la teori kakak-kakakku yang bijak sana nih. dibuatnyer telur separuh masak.. then bagi la xandria manja nih makan. ok tak sampai 1 hour abis ruam dah naik kat muka tu blom tengok lagi badan. bawa pegi klinik UMRA, masa tu pulak muntah...balik rumah je trus kena diarhea... xandria dh merengek tak selesa. sampai pucat muka dia. mommy dah risau dah. dah ler daddy takde. so return ke klinik. Doktor pulak takde. aduh. takpe la balik rumah sempat singgah beli breast pump. then malam , naik lagi ruam..letak la ubat pastu keluar pergi tesco. malam sebelum tidur mommy bagi susu, muntah balik. ermm tengok makin worst. mommy cover ngan ORS..

the next morning xandria lambat bangun dalam pukul 10 lebih, bila bangun jek dia lemah sangat. mommy dah risau. call mak azah ajak pegi hospital sungai buluh. sampai sana, YA Allah ramai nyer org. patah balik pegi klinik Umra. doc bagi ubat xepagan. alhamdulillah, makin ok. tapi mengantuk sikit. barulah mommy dapat tido.. huh penatnyer...

the next day mommy tengok xandria dah sihat. baru nak makan bubur. alhamdulillah. bawa jalan-jalan pegi ikea ngan abg ajeq.  tgk dah makin sihat dah. nasib baik tak teruk...

moral of da story: jangan pandai2 bagi makan pada baby!

Thursday, March 29, 2012

lawatan Isteri Panglima Tentera Udara ke Bakat KTU

esok make sure kna bangun pkul 6 pagi. mana nak siapkan anak mana nak siapkan diri sendiri. 7.30 kna kluar rumah... ishh skg ni duk hadap lap top . macam mana?

Monday, March 26, 2012

Pintu pagar baru

malam tadi daddy ajak pegi beli pagar. aik, terkesima kejap.slalunyer momy yang sibuk-sibuk ajak pegi beli barang baby..takpelah ,mungkin dah dapat hidayah..hehehehehe

so pasang la si bapaknyer ni kat umah dengan penuh perasaan. tak sempat la pulak nak upload gambar pagar xandria. nanti kalau ada masa mommy upload ok... nite guys!

Sunday, March 25, 2012

kadang-kadang stress jugak..

lately ni banyak orang cakap xandria kecik. memang dia kecik dari umur & berat pun setakat 5.3kg. duk fikir-fikir tadi ingat nak start semula la pam susu badan. nak bagi balik susu badan. tapi for sure kena pam. nak pam sendiri tak tau. sebagai inisiatif nak bg anak membesar macam budak lain yang normal kenalah mommy korbankan masa untuk Xandria.

sekarang ni tengah survey breast pump yang tak berapa mahal...ni pun tak tau berapa kali je pakai sbb tu cari yang murah sikit..


apa saja untukmu sayang!

 

akhir aku tewas dalam pelukan mu!

Setelah sekian lama akhirnya aku tewas, tewas dalam pelukan mu EN kaca mata! adeh ni la akibatnye tak sedar diri , dah tau diri tu rabun takmo pakai cermin mata. kan dah kena migrain tahap mahadewa... hahahahaha

bingkai lama tapi tukar cermin jek



sebenarnya cermin mata ni dh tahap boleh buat wasiat, lama dah buat masa tu arwah ayah yang belikan tapi cermin memang tak selesa. sangat memeningkan mata.so buat la tukun dalam almari. bila dah emergency sangat smalam, terkial-kial cari trus petang tadi bawa pegi tukar cermin. pilih la cermin yang boleh btukar kaler hitam bila cahaya panas terik. ecehh, mengada-ngada. tu sebenarnya amik semangat supaya pakai selama-lamanya.klau tak asik buang-buang jek.ni pun nasib cermin mata mahal, klau tak lama dah hilang... En HUbby la tolong bayarkan. melayang la RM220 untuk cermin sahaja , tu blom bingkai lagi..bingkai jek 3 ratus lebih! uiiii so memilih. anyway TQ laling..

Saturday, March 24, 2012

sesuatu dari suami..

mommy nak sangat benda alah ni, akhirnya daddy belikan untuk mommy.apa dia?



camera nikon L810 kaler maroon... so sweet! sebelum nih tak pernah mommy terfikir nak pakai, tapi tengok kawan-kawan blog amik gambar cantik-cantik pakai DSLR, tak dapat yg besar yang cinonet ni pun jadi. asalkan gambar cantik... ni la namanya Digital Compact Camera...


Thank you MR HUBBY! kira ni hadiah bday mommy la yer sbb mummy tak pernah tuntut apa-apa present pon! muaahahahahaha

Xandria dah pandai merajuk

Jangan tak tau anak dara saya pandai dah merajuk... cenggini citernye..

smalam mommy baru je baik dari migrain. nasib baik la sangat-sangat tak pregnant adik xandria. klau tak sure terlopong lagi mulut.... so smalam memang hari hot temper. asal xandria buat salah kna jerit...nak jerit kat bapak tak blh, jerit kat anak..punching bag mommy. so mommy kna datang ada talk about kanser serviks kat dewan aeroangkasa, on da way ke sana macam-macam hal xandria buat. kna jerit la apa lagi. masa daddy amik mommy lepas talk tu, mommy pun naik kereta. xandria lansung tak pedulikan mummy. aik anak aku dah pandai merajuk..MasayaAllah, dasyat betul umur 8 bulan pandai merajuk. sepanjang jalan ke stadium merajuk... langsung tak pandang mommy... tengok budak-budak sekarang. last-last mommy amik dukung peluk cium dia. baru ok. aihh, susah hati mommy tau!

malam tadi mummy kena migraine lagi, so daddy take over tidurkan baby. dengan dia sekali tertidur... sabar je la!

Monday, March 19, 2012

xandria anak manja mommy

budak manja nih sejak menjak nih manja sgt-sgt. asik melepek aje kat mommy. mmg manja , manja mc kucing. tak nampak mommy , nangis. tapi klau takde daddy takpe. ishh penat mommy nak melayan. mcm mana nak tinggal kat atas kalau mommy masak. ni la namanya anak...

xandria 7 months
haish anak...anak!