Thursday, March 29, 2012

lawatan Isteri Panglima Tentera Udara ke Bakat KTU

esok make sure kna bangun pkul 6 pagi. mana nak siapkan anak mana nak siapkan diri sendiri. 7.30 kna kluar rumah... ishh skg ni duk hadap lap top . macam mana?

Monday, March 26, 2012

Pintu pagar baru

malam tadi daddy ajak pegi beli pagar. aik, terkesima kejap.slalunyer momy yang sibuk-sibuk ajak pegi beli barang baby..takpelah ,mungkin dah dapat hidayah..hehehehehe

so pasang la si bapaknyer ni kat umah dengan penuh perasaan. tak sempat la pulak nak upload gambar pagar xandria. nanti kalau ada masa mommy upload ok... nite guys!

Sunday, March 25, 2012

kadang-kadang stress jugak..

lately ni banyak orang cakap xandria kecik. memang dia kecik dari umur & berat pun setakat 5.3kg. duk fikir-fikir tadi ingat nak start semula la pam susu badan. nak bagi balik susu badan. tapi for sure kena pam. nak pam sendiri tak tau. sebagai inisiatif nak bg anak membesar macam budak lain yang normal kenalah mommy korbankan masa untuk Xandria.

sekarang ni tengah survey breast pump yang tak berapa mahal...ni pun tak tau berapa kali je pakai sbb tu cari yang murah sikit..


apa saja untukmu sayang!

 

akhir aku tewas dalam pelukan mu!

Setelah sekian lama akhirnya aku tewas, tewas dalam pelukan mu EN kaca mata! adeh ni la akibatnye tak sedar diri , dah tau diri tu rabun takmo pakai cermin mata. kan dah kena migrain tahap mahadewa... hahahahaha

bingkai lama tapi tukar cermin jek



sebenarnya cermin mata ni dh tahap boleh buat wasiat, lama dah buat masa tu arwah ayah yang belikan tapi cermin memang tak selesa. sangat memeningkan mata.so buat la tukun dalam almari. bila dah emergency sangat smalam, terkial-kial cari trus petang tadi bawa pegi tukar cermin. pilih la cermin yang boleh btukar kaler hitam bila cahaya panas terik. ecehh, mengada-ngada. tu sebenarnya amik semangat supaya pakai selama-lamanya.klau tak asik buang-buang jek.ni pun nasib cermin mata mahal, klau tak lama dah hilang... En HUbby la tolong bayarkan. melayang la RM220 untuk cermin sahaja , tu blom bingkai lagi..bingkai jek 3 ratus lebih! uiiii so memilih. anyway TQ laling..

Saturday, March 24, 2012

sesuatu dari suami..

mommy nak sangat benda alah ni, akhirnya daddy belikan untuk mommy.apa dia?



camera nikon L810 kaler maroon... so sweet! sebelum nih tak pernah mommy terfikir nak pakai, tapi tengok kawan-kawan blog amik gambar cantik-cantik pakai DSLR, tak dapat yg besar yang cinonet ni pun jadi. asalkan gambar cantik... ni la namanya Digital Compact Camera...


Thank you MR HUBBY! kira ni hadiah bday mommy la yer sbb mummy tak pernah tuntut apa-apa present pon! muaahahahahaha

Xandria dah pandai merajuk

Jangan tak tau anak dara saya pandai dah merajuk... cenggini citernye..

smalam mommy baru je baik dari migrain. nasib baik la sangat-sangat tak pregnant adik xandria. klau tak sure terlopong lagi mulut.... so smalam memang hari hot temper. asal xandria buat salah kna jerit...nak jerit kat bapak tak blh, jerit kat anak..punching bag mommy. so mommy kna datang ada talk about kanser serviks kat dewan aeroangkasa, on da way ke sana macam-macam hal xandria buat. kna jerit la apa lagi. masa daddy amik mommy lepas talk tu, mommy pun naik kereta. xandria lansung tak pedulikan mummy. aik anak aku dah pandai merajuk..MasayaAllah, dasyat betul umur 8 bulan pandai merajuk. sepanjang jalan ke stadium merajuk... langsung tak pandang mommy... tengok budak-budak sekarang. last-last mommy amik dukung peluk cium dia. baru ok. aihh, susah hati mommy tau!

malam tadi mummy kena migraine lagi, so daddy take over tidurkan baby. dengan dia sekali tertidur... sabar je la!

Monday, March 19, 2012

xandria anak manja mommy

budak manja nih sejak menjak nih manja sgt-sgt. asik melepek aje kat mommy. mmg manja , manja mc kucing. tak nampak mommy , nangis. tapi klau takde daddy takpe. ishh penat mommy nak melayan. mcm mana nak tinggal kat atas kalau mommy masak. ni la namanya anak...

xandria 7 months
haish anak...anak!

Sunday, March 18, 2012

Antara diet dan rezeki halal dari Allah SWT

sejak menjak nih tgk perut , aduhai dh buncit. sblm ni sakan sit up tp lately ni malas plak. mcm mana nih, diet mcm tak diet, sit up mcm tak sit up. smalam dinner bedal nasi arab, mandi kambing. so bila nak jadi flat screen balik nih??

bila fikir-fikirkan, segala makanan yg mommy makan nih adalah rezeki yang halal dari Allah SWT yg diberikan oleh mr hubby. Alhamdulillah, sebut je nak makan apa, yang dimasak sendiri, yg dimasak dikedai semua hubby penuhi permintaan mummy. tak pernah dia kata, ahh malas lah, awak belilah sendiri. saya takde duit apatah lagi mengeluh.. ingat lagi masa hubby baru jejak kaki di bumi malaysia dari OPS Piramid, balik bilik, letak bag, mandi-mandi terus temankan mommy pergi makan nasi padang di subang parade. kalau mommy agaknyer, dah pengsan dah. tapi hubby, tak pernah pun mengeluh. itulah satu keistimewaan Nazlan Shah. cakap je pukul berapa pagi sekalipun, dia akan bawa makan walaupun dah takde masa sbb nak terbang, ngantuk, atau pun letih. Alhamdulillah syukur.

sekarang nih nak cerita, otak dah set nak diet, mata duk tengok resepi, tekak dah gatal nak makan lalu hati berkata, esok nak buat la or esok nak beli la.. mr hubby pun , OK! so macam mana nak kurus?? cuba cerita sikit????

Saturday, March 17, 2012

Memang best, 1 hari 1 resepi dari chef Hanieliza

sebenarnya kalau nak diikutkan takut nak suh hubby bli buku resepi, kat rumah tu segala tok nenek buku resepi ada, ada yang beli kat jakarta, kitab masakan. tapi susah sikit sbb takde gambar dan bahasa pun ala-ala gitu kan.. so tadi dgn selamba cakap ngan hubby, 'yang, belikan i buku resepi', dia reply 'ok'. huh lega akhirnya si dia menjadi milikku

rm 39.90


lepas ni tak skrip, nak masak apa yer ari nih, isshhh asik2 lauk yang sama. rasanya hubby dah puas makan sotong masak kuning tuh... yang penting kena rajin...itu ajer. so far mommy mmg rajin! HAHAHAHA

Memoir seorang Juruterbang

Buku kali ni dipinjam suami dari Library TUDM tanjung bungah. seronok baca buku ni , dan sesuai dihadiahkan buat pembaca dan anak-anak yang tinggi cita-citanya setinggi awan biru.



liku-liku kehidupan seorang anak melayu yang bercita-cita ingin mejadi Pilot pada zaman British, dengan semangat juang, beliau berjaya menjadi pilot melayu pertama yang memiliki sayap dari RAF. beliau juga anak melayu pertama yang mendidik anak british menjadi juruterbang. hampir 10 tahun berkhidmat di benua eropah akhirnya beliau kembali ke malaysia dan menerajui TUDM. dan beliau adalah PTU pertama TUDM .. ingin tahu lebih lanjut, dapatkannya sekarang!

Wednesday, March 14, 2012

repost semula N3 dari blog mylittlepilot

blog pertama xandria..hanya tinggal kenangan!

Sebelum nak melupuskan blog lama, mommy kena copy paste smula n3 yang ada dalam blog mylittlepilot.

so dari malam tadi duk copy paste, leguh jugak nak tunggu satu-satu keluar. skarang mummy kena start smula paste N3 tu semua..

Tuesday, March 13, 2012

Nak diet punye pasal & vicks punya cerita

Sejak menjak nih try nak diet tahap gaban punyer. so pagi smalam makan sebungkus nasi lemak, lunch makan sekeping roti canai tampal then petang sblm maghrib makan lagi 2 keping roti tampal. ni budget malam tak payah makan lagi. dengan bangganyer rilex je kan tengok tv , layankan xandria. bila tiba pukul 11 adeh kepala start pening.  bkn pening kepala hokey, tapi perut masuk angin bawak sampai ke kepala. ceh tahan diri lagi taknk makan.bila dah pukul 12, cari minyak kapak, takde,last2 bedal minyak yu yee xandria. pastu nak tidur la konon..

konon -konon dapat la nyenyak tido tetapi, angin makin teruk plak sampai nak muntah. adeh , ni yang malas nih. terpaksa ler turun bawah makan. tgk nak mkn apa, apa benda pon takde. haa ada cheese cake. bedal la sikit. dah  makan tu masuk bilik, nak tido, tapi mata mak aii bulat macam burung hantu. last-last pujuk mata, pukul 2 baru dapat tido, tu pun terjaga sbb xandria selsema, letak vicks kat dada, hidung skit.. bila dah ok baru dapat tido

pukul 8am je xandria bangun pagi, so bagi la dia henfon suh belek-belek sementara mummy lelap jap. tergerak hati nak bangun tengok budak bertuah ni main vicks..ya Allah, ni mesti dia rasa skali sbb mulut bau vicks. adoi, menyampah betul la... dah sembunyikan pun dia dapat jumpa. huh memang serik betul la, lepas nih takde maknanyer lagi nak sembunyi.memng kena letak tinggi-tinggi.. issh anak bertuah ni , ada2 jek akal dia tau. haa dapat makan vicks buat breakfast. nasib baik takde apa2... anak oo anak

Monday, March 12, 2012

Alfatihah buat adik Dirang

sebenarnya dah berapa hari mommy tak tgk berita, paper pun dah jarang beli. mana dengan busy jaga baby, mana dengan demamnyer lagi. so tadi sempat tengok berita, terdengar ada suara perempuan meraung. pemberita bgtau yang anak wanita tersebut yang hilang berberapa hari lepas telah ditemui di ladang kelapa sawit dalam keadaan RENTUNG ok!  u all cuba bayangkan anak kesayangan u all semua ditemui dalam keadaan tu. Ya Allah berat nya ujian mu. tak dapat bayangkan mcm mana agaknya keadaan adik dirang ketika dibakar. Subhanallah, kuasa Tuhan .. apa yang mommy boleh katakan, mommy tak sanggup nak hadapi ujian sebesar tu. tak sanggup nak bayangkan apa-apa pun. Moga Allah melindungi kami dan kita semua dari malapetaka. 

untuk mengelakkan dari terjadinya bencana seperti ini, kita sebgai ibu bapa perlu alert dengan keadaan sekeliling. jangan sesekali lepaskan anak-anak  waima didepan rumah bermain seorang diri mahupun bersama dengan kawan-kawan melainkan ada penjaga atau org lebih dewasa yang mengawasi. apatah lagi menyuruh anak keluar bersendirian. risiko lebih tinggi kerana manusia seperti haiwan ini akan sentiasa mencari peluang untuk menculik/merogol anak-anak yang tidak berdosa ini. dimana anda berada , jangan sesekali melepaskan atau membiar anak-anak tanpa jagaan org dewasa. bukan setakat kanak-kanak sahaja. malah anak-anak yang sudah dewasa juga seharusnya kita jaga. itu adalah harta kita dan jangan sia-siakannya.

buat keluarga adik Dirang, takziah kami ucapkan semoga roh adik Dirang bersam-sama dengan orang beriman.

SAH MAYAT ADIK DIRANG : Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

KPD Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua JSJ IPK Johor Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Tempoh tahanan reman keempat-empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya akan dilanjutkan bagi membantu siasatan. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mari bersama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarhamah Adik Nurul Nadirah.

Nurul Nadirah Abdullah

xandria's training cup

ahad lepas buat inspection kat baby shop. so nampak la a cute training cup,kaler pink hokey..... produk dari MAM baby.so bgtau daddy nak belikan untuk xandria. salah satu sebab musabab nyer nak suh dia pegang botol tu sendiri. penat la travel klau all the way mommy nak kna pegang bottle dia. so daddy pn bli..balik rumah dah semangat ni nak guna.. tetapi.......

1. dia langsung tak reti guna soft spout nih, maybe besar sgt & tak berapa nak soft..ayarkkkkk!

2. dia nak puting biasa jgak, alamak, mommy lupa nak beli puting untuk ganti soft spout nih!

last2, mommy cabut handle bottle nih, letak kat botol susu kiko favourite dia... abis citer. pagi tadi bawa xandria pg bli breakfast, dia boleh dah pegang botol susu dengan handle tuh.. tapi datang hangin tak baik, dia nak jgak mommy yang pegang.. dasar anak manja!
traning cup with soft spout and handles

 MAM BABY
  • Size: 220 ml
  • With soft spout, for an easy transition from breast or bottle to cup
  • Spill-free
  • Easy to hold, ideal if you're on the move





xandria's new toy!

mommy tengok sejak menjak nih anak mommy mmg pandai ketuk meja, kotak tisu or apa saja yang dia rasa nak ketuk. so mommy decide nak beli something kat xandria. last weekend, mommy & daddy shopping @ tesco, so dapat la sebiji  musical spinning drum for xandria..

yummy drummy!

memang enjoy dia dapat tepuk drum tu then siap spin lagi, masa spin drum tu akan keluar music. so bila kita tepuk drum tu pun akan keluar music. mula-mula suka dapat drum, tapi bila dah puas, dia buat tak tau jek..ermmm sabo aje lah... last last mommy yang main drum nih...daddy tgk aje, dia nak main skali tuh sebenarnyer.

so puas hati mommy dapat mainan for xandria.. kalau bising-bising, mommy bagi je dia tepuk puas2.. kalau tak mommy yang tepuk dia nanti kang!

* nxt time mommy upload  ok, network sedeh betul hari nih!

Saturday, March 10, 2012

bluberry cheese cake for mr hubby

 Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak merasa cheese cake buatan air tangan sendiri, sebenarnya tak de ler susah sangat. terasa rajin nak buat  plak hari khamis lepas. bawaklah si anak dara pg tambah bahan, petang esoknya , daddy dia balik dari penang. berkobar-kobar nak buat bagi suami tersayang makan. alhamdulillah menjadi ler pulak. terasa nak makan cheese cake ni mmg dah lama dah, masa tu tertengok la pulak deme kat cake boss buat cheese cake. terus la terlior dibuatnye..

sebenarnya takde lah susah sangat nak buat cuma kena hati-hati sikit la masa nak keluarkan dari oven. apa pun mr hubby kata kek ni sedap. oh ya, nak resepi yer? ok kat bawah mommy dah sediakan resepi. resepi nih mommy amik kat blog cik mat gebu tu hah.. cheese cake tiffin biru. kalau dah terasa nak sangat makan, cuba-cubalah..  yang coklat keliling cake tu sebenarnyer biskut dengan butter, kalau kita bli kat kedai biasanya kedai lapis untuk bahagian bawah, tapi mommy buat   bawah dan tepi..selamat mencuba!









BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cream cheese (sah2 ada dah mula mengucap nihh)
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 camca teh esen vanilla (mat guna perisa vanilabutter)
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
Blueberry filling secukupnya (mat guna jenis yang ada biji2 blueberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...
untuk biskut tepi dan bawah cheese cake tu , resepinya:
1. 250gm biskut digestive
2. 120gm unsalted butter

kisar kedua2nya dan letak pada tepi & bawah loyang. gunakan gelas kecik untuk memampatkan biskut .



Thursday, March 08, 2012

Selamat Hari Wanita!!

Selamat hari WANITA buat semua wanita di dunia. 

Jadilah Wanita terhebat untuk mereka...

Alhamdulillah, Allah sama-sama membantu

Alhamdulillah, itu je yang boleh cakap, setakat ni dah 2 hari 3 malam xandria tak nampak daddy dia. tadi pun dia temankan mummy solat then layan diri duduk depan mommy layan perasaan bila mommy tgh baca Yassin untuk arwah tok bak & tok mak dia. mommy pun rasa bahagia & senyum bila mommy ucapkan Yassin ini utk Tok mak & Tok Bak xandria.

lepas pusing-pusing dengan walker, xandria dah start merengek. bagi signal nak tido la tuh. buat susu, popok jek terus tido. senangkan dapat anak mcm nih. so mommy jap lagi boleh la buat blueberry cheese cake untuk daddy. harap-harap menjadi la yer....amin

Sunday, March 04, 2012

Dont be noty yer.. dengar apa papa cakap tadi...

Ya Allah, aku rindu pada arwah ayah & arwah ibuku

nyawaku, hidupku & syurgaku

Jika aku mampu meminta sesuatu dari Allah, aku ingin berjumpa semula dengan ayah & ibuku. tapi mustahil, mustahil untuk menghidupkan mereka yang telah pergi. oh dunia, aku ingin beritahu kisah hati ku, aku rindukan mereka, aku ingin menangis sepuas-puasnya agar kamu semua tahu aku anak yang ingin kan belaian kasih ibu dan ayah. aku dahagakan kasih sayang mereka. Ya Allah kuatnya ujianmu kepadaku, aku akhirnya kehilangan semua, kehilangan dua nyawaku, kini aku ibarat manusia yang bergantung pada oksigen dn tidak mampu menggunakan nyawaku untuk hidup kerana mereka adalah nyawaku..... Alfatihah