mylittlepilot

Hadiah hari jadi saya 2010

Syukur Alhamdulillah, hadiah hari lahir 2010

 12 nov 10, saya rasa lemah sgt .tekak mula sakit kerana sblm ini suami demam. sah, saya berjangkit demam dgn suami. badan lemah sangat, dengan tekak sakit ditambah dengan selsema. perut pun memulas macam nak kena senggugut. aduh, sure period punyer.klau nak dikirakan hari sepatutnya saya mmg dah start period. ermm, tak kesampaian la nak jadi mommy. tapi kami berdua pun tak terfikir pun akan ada baby.. terima la walaupun pahit..

13 nov 10, badan masih terasa lemah, banyak angin dalam perut. terasa macam nak start senggugut. 'Ya Allah, jgn la bagi aku period! bagila peluang untuk aku memiliki zuriat..' malam ni saya masak sotong goreng tepung. makan la kami berdua sementara suamiku melipat baju. then malam tu selsema menyerang. urghh, asyik bersin jek. hidung sampai naik merah...tapi hati lagi masih berkata, 'jangan la aku period!' tapi rasa dah satu hari dah terlepas period. "Ya Allah makbulkan permintaan ku"

14nov 10, hati rasa mcm ada baby tapi masih tak sure. mungkin period saya terlewat bulan nih. badan masih lemah tak sepenuhnyer sihat.hari ni pergi Ujana, mmg plan nak beli pregnancy test. balik je trus buat test, alhamdulilah POSITIF, rezeki dari Allah. suami pun terlompat gembira la. apa taknyer kami mmg teringin nak zuriat. tgk kawan2 yg dah ada baby rasa mcm tension dan takut mana tau saya ni jenis yg kurang subur. tapi Alhamdulillah semuanya selamat dan kini saya bakal menjadi ibu. i'm so happy... tak ada yang penting selain kegembiraan dimuka suami. itu sebenarnya yang paling penting.  air mata kegembiraan mengiringi berita ini. seandainya kedua org tuaku masih ada, tentu mereka gembira kerana aku kini berbadan dua. kami menyambut kegembiraan ini dengan solat sujud syukur dan makan malam di anjung ketam, semoga allah merahmati kami bertiga..

15 nov 10,  saya membuat pemeriksaan di RSAT. seperti biasa la mengadu tentang demam yg saya alami, dalam masa yg sama pihak RSAT membuat ujian air kencing. dan keputusannyer, jeng jeng jeng, mestila POSITIF. alhamdulillah..

dari 'berdua' kini kami 'bertiga'


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan pertama bakal ibu

17 nov 10, my bday yg ke 28. dah tua rupanyer.. hubby tak sempat bli kek or hadiah..cuma tiup lilin je. tak pe la hubby, ingatan u dan baby ni pun dah cukup buat mommy... tak sangka kan tahun 2010 saya sambut dgn 2 org yg paling berharga utk diri saya... dulu Allah amik 2 org paling berharga dari saya, mak & ayah.. rupanya dia nak gantikan suami dan baby untuk saya. 

anyway, tq mom kerana melahirkan saya, menjaga saya, mendidik saya, memanjakan saya. utk ayah, semua yg kamu berikan sgt bermakna dan tak terbayar oleh saya walau setiap saat pun. apa yg saya buat selama ini masih tak dapat membayar budi baik dan jasa kalian berdua. TERIMA KASIH MAK & AYAH, Al-fatihah....


_________________________________________________________
Pengalaman pertama melahirkan anak

As salam, hari ni nana nak kongsi pengalaman bersalin anak dara nih. panjang citer tapi kena pendekkn supaya semua yang membaca tak mudah bosan. bermula kisah episod menjadi seorang 'Mommy'.... sebenarnya tak berapa sure sangat pada minggu keberapa nana bersalin. tapi nana bersalin memang cukup bulan. Alhamdulillah takde sebarang masalah pun jadi sewaktu kelahiran puteri sulung nana.. Syukur Alhamdulillah,.....


Pukul 3 pagi air ketuban pecah, tgh syok2 tido, then dlm berapa minit keluar darah. tapi bley rilex lagi sbb kontraksi tak berapa kuat sangat. sempat mandi, buat milo & tgk dvd Bandidas dengan hubby... tiba-tiba pukul 4 lebih, kontraksi dtg selang 5-10min. ayarkkkk, apa lagi melompat masuk kereta pegi hospital. nasib baik hospital blakang rumah (ada la dlm 1 km dr rumah)...

jam 5 pagi start buat check up,masa tu dah buka 5cm.then pkul 7 masuk labour room. jeng jeng jeng, suspen betul la.. tapi rasa sakit kontraksi tu buat rasa panic / takut ilang mcm tu jek... cepat la kuar, dah sakit sgt nih.

Doc dtg check lagi, still 5cm. ok dia bagi masa sampai pukul 10.00 pagi. ada 3jam lagi. tapi Doc, please bg ubat tahan sakit. tgh sakit wooooo.. nurse pun datang cucuk. ingatkan makin kurang sakit, tapi makin sakit sbb kena indius. last-last bantai sedut entonoks lar (betul tak ejaan?)... masa tu kurang skit sakit tp stone jek.. then dah gesa nak meneran, jam 9.30 pagi. doc plak blom masuk. tak lama tu pkul 10 doc dtg,hubby pun masuk skali. masa ni bermula la aksi teran meneran..dah la energy takde, nak meneran then bernafas dlm satu masa mmg fail. banyak kali jugak meneran tapi tak sampai sebab nafas pendek. last2 dapat jugak meneran, keluar la sicomel yg comot nih.... sian anak mummy comot yer...


lepas keluar je baby, ilang la sakit yang amat sangat tu. then doc bagi tido dulu sebab tali pusat terputus dengan uri. bila sedar semuanya dah beres.. jam 5 ptg baru dapat masuk wad untuk satu hari. itupun sebab kena masuk antibiotik 3 botol. nak duduk pun tak selesa sbb ada jahitan. uii sakitnyer tuhan je tau.. terpaksa minta nurse paracetamol.. esok boleh jumpa baby kat NICU. 5 jam bertarung sakit kontraksi+induce kat hospital. nasib baik mudah bersalin. rasanyer sebab nana rajin bergerak masa 3 bulan terakhir. jadi mudahlah nak bersalin. tapi semuanya Kuasa Allah yang kita tak tau....

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alexandria Zellysha

 Alhamdulillah, si comel ini selamat dilahirkan pada 21 july 2011 jam 10.33 pagi... Alhamdulillahsemuanya bjalan lancar tanpa sebarang masalah. syukur pada Allah SWT..


Hari kedua barulah dapat berjumpa buat pertama kali dgn buah hati mummy. Zellysha terpaksa ditahan di NICU kerana masalah Kuning. 

banyak lagi untuk dikongsi bersama anda semua, tapi kena slow2 ikut turn..kalau nak upload semua dalam satu masa, pengsan la...
nantikan lagi gambar-gambar dan kenangan bersama si manja Alexandria Zellysha..




 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diary mummy 

setelah 3 hari turun naik hospital, hari ni 24 Jul 11 zellysha boleh keluar dari NICU. Alhamdulillah tak ada apa masalah lagi. Sebagai Ibu tentulah takut dan panic kalau kena tahan lagi. lagipun dengan keadaan masih dalam pantang, mmg agak sukar untuk keluar dan turun naik ke hospital. ini lah pengorbanan seorang Ibu untuk anaknya.selepas selasai semua bayaran bil dan penerangan dari pihak hospital, kami pun pulang bersama orang baru yg kami tunggu-tunggu selama ini.... bil hospital selama 4 hari hanya RM24.00! 


sampai rumah je lepas maghrib, so kenalah lap je baby. tak berani nak mandikan sebab kecik sangat budak comel nih... tengah amik gambar, dia boleh senyum pulak..ala la lalaaa comelnyer....

jadi bermula la episod si comel bersama kami, kalau sebelum ni kami tidur berdua, maka malam ni start la kami bertiga dan berjaga malam. baby ni akan bangun setiap 2 jam.. bila lapar susu dia akan nangis. air susu badan pun sikit jadi terpaksa bagi susu formula. Tak ada rezeki nak menyusu badan.


 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Xandria cukur rambut

 As salam, genap hari ke7 kelahiran budak comel nih, daddy dia dah plan nak botakkn rambut. lagipun ikut sunah Nabi elok kita mencukur rambut anak-anak walaupun sayang nak botakkan, apatah lagi jika anak-anak mempunyai rambut lebat. banyak kelebihan mencukur rambut anak yang kita tidak tahu, sebab itu ramai ibu bapa yang ambil ringan tentang cukur rambut ini. salah satunya, rambut anak akan lebih elok dari sebelum bercukur kerana rambut asal sebenarnya tidak berapa elok. itu yang nana dengar la orang tua-tua cakap.

jiran sebelah pulak cakap, kena tanggal tali pusat dulu baru boleh cukur, nak dipendekkan cerita, malam sebelum cukur rambut tertanggal pulak tali pusat budak bertuah nih. salah satu tips nak cepatkan tanggal pusat, kena rajin bersihkan dengan spirit ke dalam pusat baby. sebenarnya tali pusat tu dah takde rasa apa-apa pun  pada baby sebab dah tak ada kegunaan lagi tali pusat tu. so jangan takut-takut atau risau jika nak bersihkan dalam pusat anak anda yer.... memang mula-mula tu macam ngeri je nak bersihkan sbb takut baby rasa sakit...

masa cukur rambut Xandria, memang dia tengah syok tidor. Jadi tak ler susah nak mencukur, kalau tak susah nak mengawal kepala dia bila baby dalam keadaan sedar. bab mencukur ni kena cari orang yang pakar , kalau nak senang minta mak bidan atau tukang urut kita buatkan. bukan apa, takut luka pulak bila kita sendiri yang cukur.

pada ibu bapa yang rasa sayang nak cukur rambut anak tu, baik cukur awal-awal. nanti cantik rambut anak tumbuh. Xandria pun tak kena cukur bantal, so selamat la sikit.Cantik rambut Xandria tumbuh. lebat dan hitam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat hari raya

As salam semua. tahun ini kami beraya bertiga. maklumlah klau sebelum ni raya berdua, kini kami raya bertiga. biarpun tak dpt memakaikn baju kebaya Xandria, hari raya kami tetap meriah biarpun tnpa baju kebaya Xandria.

oleh kerana hari raya tu Xandria tak sihat, demam. kami tetap beraya bersama. waktu tu nana masih lagi dlm pantang. dah citer pasal raya, ikut je la semua beraya. cuma tak dpt nak minum air batu je la. sabar..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila Xandria beralih bulan

n3 kali ni nak cerita pasal xandria beralih bulan, mulanyer demam after kna cucuk ..then sambung kna diarrhea.. 2 hari kna lepak kat ward. then sekarang nih selsema for the first time pulak.. org kata beralih bulan .. dah besar anak mommy setengah tahun xandria membesar depan mata mommy. Syukur alhamdulillah.

once masuk six months, mmg nak bg dia makan cukup-cukup. kecik sangat badan tu. tak tau la next week pg RSAT berapa berat. hai anak mommy, slim sgt la dia. anak orang lain semua besar2... takpelah yang penting sihat yer sayang.

nak jaga si kecik nih mmg tak ssh tapi sejak menjak nih sangat susah. apa taknyer smalam dia mengaruk nak minum ORS. memang dah addict ORS. nasib baik jugak pandai minum ORS, kalau tak sure kna drip ... masa kna diarrhea , sampai 10 kali buang air besar, Doc pun tahan ler, masuk ler 2 hari...

macam-macam ank dara sorang nih..so bertambah penat la mommy... need vacation after dissss.....skg nih kena selsema plak.... ni baru je letak kunyit kat pangkal idung, hopefully tak melekat kaler kunyit tu kat muka.. kalau tak, duk umah aje la kita yer baby.... nak pegi RSAT on monday if selsema tak stop lagi. tak larat la nak tunggu kering. if dapat antibiotik ok jgak dari takde apa ... oh next week kna cucuk lagi and next week xandria is 6 MONTHS....

-----------------------------------------------------------------------------------------
Xandria semakin bijak

Xandria dh semakin bijak, now tido sekatil, dia nak conquer semua... klau daddy dh pegi keje, 3/4 katil tu dia amik..last2 mommy dapat 1/4 jek... habis dia mik semua, then suka lepak kat kepala katil, lepas tu golek sampai terantuk kat kepala katil.. berkali2...dia nih jenis tahan sakit punyer budak...

klau tengok baby TV tu, tak pandang org lain...suka sgt tgk kartun. bila dah jemu mula la berguling bawah meja. letak atas tilam pun melorot sampai ke lantai. mommy la yg angkat balik...


bila daddy dia balik, dia punya suka..Tuhan je tau. sayang sgt kat daddy dia yer, tapi nak tido cari mommy jgak. sekarang ni tgh ajar dia duduk dlm katil sendiri. biarkan dia biasa, nanti blh tido sendiri. tapi letih la mommy nak angkat bg susu. mommy blh la tido menegak mcm dulu, sakit kaki tido melintang, daddy pun dah 2 kali jatuh katil...


smalam 16 jan 2012, xandria ikut daddy pg mes, berdua la dua beranak tu. letak dalam carrier pastu ikat dgn tali keledar. mommy yang kat umah ni risau, bharap selamat sampai dan balik. sampai sana student daddy yang jaga. balik pun dengan selamat, ok daddy, lulus!!! lepas ni angkut la anak dara tu. mommy nak relax... smalam bagi ikut sebab mommy demam...dapat la rehat kat rumah...

lagi 4 hari nak masuk 6 months, apa lagi la tu yg dia nak buat..takpe tgk jek, nanti mommy update kat blog nih yer....bubbye
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila sibijak jatuh katil!

takut bila baby jatuh katil, jaga punya jaga kebawah jugak perginya. berderau jantung mommy. risau jangan kata la, rasa nk tercabut jantung. after jatuh trus angkat, menangis sbb sakit & terkejut. gosok kepala then bg susu, pujuk dia, tak lama lpas tu dh senyum smula.. pegi RSAT, doc check pun alhamdulillah, takde apa2. nasib baik anak mommy tk muntah. sampai sekarang rasa kecewa sgt-sgt. klau blh ulang balik masa sblm xandria jatuh, mmg nak buat. tapi dh ini dinamakan takdir. mommy terima dengan hati terbuka. doa mommy agar tak ada apa yang serius berlaku..

google tadi dapat info dadri DR.SAIFUL BAHRI JAUDIN. kat bawah ni nana paste utk rujukan buat ibu-ibu. lepas ni walau seminit pun , mommy akan letak xandria dlm kandang, no guling-guling lagi atas katil mommy...

Si Manja jatuh katil

Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.


kalau tanda-tanda seperti di atas terjadi pada baby anda, jangan tunggu-tunggu lagi, terus hantar ke emergency room dan tolong jangan amik ringan kata tak ada apa-apa dan jangan dengar kata orang lain selain  doktor. pendarahan dalam otak ni sangat-sangat bahaya , bukan main-main.
                                                  
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mana nak letak dia tidur?

the whole day memikirkan mana nak letak budak nih bila tido nanti. daddy dia dah bli kipas meja, sbb kat area baby cot tu mmg tak rasa angin, sebelum ni dia tidur kat situ berpeluh. kesian anak mommy.

so malam tadi bermula episod baru xandria tidur kat katil sendiri..ermm tgk tak selasak tidur sebelah mommy.. ok jek, cuma penat sikit la nak bg susu pukul 4 pagi bila dia tido kat situ, last2 bawa keluar letak kat sebelah, habis minum baru letak balik. 2 kali buat benda yang sama sampai naik penat.. last2 bentang comforter kat lantai, letak tilam gebuz dia, letak bantal keliling.. ngan mommy pun bantai tidur kat lantai....

xandria after 7am mesti kerap bangun nak menyusu sbb tu susah nak letak kat katil dia. nk letak atas katil, ohh sorry darling, i'm not trust u anymore.. dia ni jenis suka berguling...mmg tak nk jadi lagi kes smalam..trauma sampai sekarang...


now dah tau mana nak letak dia, takde la serabut sangat hati... nak taknk kena join tido skali kat bawah..apa nak buat , kna tunggu sampai dia pandai pegang botol baru blh bg dia tidur kat baby cot. silap2 malam ni mommy kena tidur kat bawah dengan dia.hahahhaha sakit badan woooo....


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Yassin dengan ditemani Xandria

khamis malam jumaat, amik berkat baca Yaasin utk Arwah mak & ayah. Alhamdulillah dpt jgak buat sorang2. ingatkan nak bjemaah tapi daddy ada nite flying plak, so kna la solat sebelah anak mommy, respon dia mesti senyumm aje .. heppy yer.. after solat continue baca yaasin, tak sampai satu muka, anak dara nak susu pulak, stop buat susu, then continue lagi, letak anak dara atas pangku menyusukan sambil baca yaasin. alhamdulillah , tak merengek...

kita sebenarnya digalakkan solat atau mengaji didepan anak2 ketika mereka masih bayi, agar setiap ayat yang didengar buat  mereka biasa dan senang nak ajak mereka solat dan mengaji bila dah besar nnti. tu sekarang tengah praktikkan solat dpn Xandria. biar nanti anak mommy jadi anak yang solehah. insyaAllah.semoga Allah memakbulkan doa seorang ibu.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------
Tips untuk memperkenalkan makanan kepada bayi anda

Memulakan makanan pelengkap merupakan cabaran buat anda dan bayi anda. Anda juga mungkin turut merasa tekanan daripada orang tua atau kawan-kawan yang meminta anda memberi makanan pejal kepada bayi anda sebelum umur yang sepatutnya.

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :
Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.

Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.

Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.

Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.

Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.

Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.

Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.

Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.

Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?

Kebaikan Untuk Bayi :

Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.

Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.

Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.

Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.

Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.

Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.

Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.

Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

ditulis oleh cayang ummi dari RATU HATI..

INFO dari HANA, salah seorg rakan ayu di SI.com n RH n FB.. (ni hasil penulisan beliau ye ^_^)


Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.

RESEPI UMUR 6 BULAN

guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis



Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis.

Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.

Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.

Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.

RESEPI 7 BULAN

BREAKFAST

1) Puri kentang
Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)


3) puri brokoli


4) puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)


5) puri epal


6) puri pisang (pisang tak perlu dimasak)


7) puri betik

LUNCH

1) Bubur+sayur+bilis
Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
Just masak dan lecek2kan sampai halus.

2) bubur+ sayur + ikan
masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan.

3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)
Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.

RESEPI 8 BULAN

BREAKFAST

1) oat+ kismis/kurma
didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
masak sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...

2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) puri sayur @ puri buah


LUNCH

1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam
Masak nasi lembik.
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.


TEA-TIME

1) kentang + bilis
rebus kentang hingga lembut.
Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)

2) Roti + susu
ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.

TIPS
****Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejukbekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya. ****


INFO DARI PUAN HANA SEMAN

------------------------------------------------------------------------------------------
Solid food for Xandria, missin accomplished!
hari nih tergerak hati nak bg xandria solid food,2 hari lepas dh siap beli blender baru. hari ni dengan penuh perasaan buat bubur utk baby xandria yg semakin bijak....

sebelum tu,  pagi xandria breakfast biskut yg dihancurkan dengan susu enfalac a+. habis 2 keping anak dara nih makan. alhamdulillah.. harap2 lepas ni blh makan banyak lagi, biar chubby sikit..

then pukul 3 buatkan kentang rebus yg diblend dgn air masak je,tak letak susu supaya xandria tak bergantung pada rasa susu, buat la sebiji kecik, alhamdulillah habis dia makan....

sebelum maghrib bagi try nasi brocoli ikan bilis tu, dia makan sikit dulu, baru start rasa sayur, then malam dalam pukul 9 bagi lagi, habis dia makan.. waahh baguslah anak mommy pandai makan sayur..

esok ada pasar malam, sure nak borong sayur dengan buah utk xandria. yang paling penting sayur dan buah.nak jimat masa blh buat puree dulu  then bekukan..klau nak guna campur dengan bubur nasi, lepas tu boleh blend halus, senang dia nak telan.... xandria mommy bagi air masak , tak bagi susu untuk elak dia keliru dengan rasa, so biar rasa pure then bila besar nnti senang nak bg dia makan sayur...

syukur alhamdulillah, mission accomplished!
 -------------------------------------------------------------------------------
Bila xandria dah pandai duduk!

wahhh, sukanyer mommy bila tgk xandria dh pandai duduk, alhamdulillah. nak masuk 7 bulan nih, xandria dah boleh duduk, so senang la naik stroller tak payah nak letak bantal... syukur alhamdulillah..tapi mana gigi xandria? tak tumbuh2 lagi..tak sabar nak tgk anak momy ada gigi... nanti mommy upload gambar anak mommy yang clever ni masa tgh duduk...

sehari sebelum masuk 7 bulan, anak mommy dah pandai panjat-panjat bantal. bantal tu kira mcm kubu la utk elak dia merangkak jauh-jauh, then suara dah semakin kuat, menjerit-jerit..kalau nak susu , menangis mcm kena pukul, dapat susu je, trus senyap. boleh mcm tu. hish anak anak..

sekarang nih dah pandai berpaut nak diri, dulu baring je, then golek-golek, meniarap, sekarang ni dah angkat punggung dan badan tinggi-tinggi. tapi gigi sebatang pun blom tumbuh lagi. org kata nak dapat kaki cepat, apa-apa la xandria, nanti daddy yang jaga yer bukan mummy....penat mummy nak kejar....

hari ni dah plan nak tukar susu ke s-26, bagi berat sikit berat badan tu, ini tidak kurus mcm org somalia. mmg la sihat tapi tak cantik la kurus jek...dah besar nnti boleh jaga badan...

sekarang terpaksa letak dalam baby cot, mummy tak percaya dia duk kat bawah lagi...biarkan dia duk sorang-sorang dalam tu masa mummy masak...