Monday, April 30, 2012

Xandria dah nak berdiri

sekarang ni dah berdiri hujung katil, panjat katil.alih-alih dah ada atas katil. berderau dada mommy tau. macam nilah dia budak bijak. mana tempat dapat dia diri, abis dia diri. tu blom tergolek kebelakang..

aritu dah terpercik minyak dah kat tepi mata. dah mcm kucing kerong dah muka tu. selagi tak rasa tak puas kan. haaa itupun bkn tau rasa sakit.mcm ni lah anak.

mata kanan kena percik minyak




nanti  kalau ada benda-benda pelik dia buat, mommy update lagi yer....

Wednesday, April 25, 2012

rumah kena ambush keluarga pultibang 1!

ok smalam after dinner duk bebual kosong ngan hubby, 'mlm ni sape la kna serbu?'.. hubby " klau diaorg nak serbu ada bg hint' . mommy'ok klau diaorg serbua rumah kita, kita lari ikut belakang'. then after dinner semua naik atas, ulaka aktivit mcm biasalah, tgk berita, layan xandria and mommy pengsan sbb petang tadi main futsal..

tak lama hubby masuk bilik cakap ada aircraft charlie dr subang dtg AS. ok tapi tak dpt nak keluar sebab kena jaga anak.mommy pun sambung tido. tak lama, ding dong, ding dong.. ahh ni mesti kena ambush, mommy pun keluar kat balcony tgk bawah. wahh semua berlenggang kankong gitu serbu umah. apa lagi kelam kabut ler tukar baju... turun je buka pintu, semua sengih jek.. ok masuk-masuk buat mcm rumah sendiri , kat bawah ni sebahagian dari gambar smalam...

hidangan potluck dh terhidang


sebahagian dari tetamu

dan sebahagian lagi


jiran terbaik, kak azza..gambar ni semua dia yang punya


exo pulatibang 1, mej ami cai, yang duduk baju merah tu CO pulatibang 1 Mej Gurooh

sebahagian dari pilot instructor Pulatibang 1



at the same time smalam 24 apr bday daddy, mommy mcm biasa lah berlakon buat tak tau... tapi tunggu dis saturday..ada kejutan untuk daddy....

mereka semua pilot instructor dari pusat latihan terbang 1 yang melahirkan ramai pilot-pilot muda TUDM. sebahagian dari Squadron Fighter, Squadron Transport dan juga Squadron VIP. kami semua disini berpeluang mengenali antara satu sama lain kerana mereka semua dibawah squadron yang sama...

alhamdulillah, kami isteri-isteri tentera udara dapat berkumpul melakukan aktiviti bersama dibawah  BAKAT. satu badan kebajikan untuk isteri-isteri tentera. disini kami melakukan bermacam-macam aktiviti bagi mengenal lebih rapat lagi..

inilah dunia tentera udara...

Saturday, April 21, 2012

makan-makan instructor & student KTU 2012

alhamdulillah, semuanya seleai wlaupun  masak pukul 11 pagi & tetamu datang pukul 1.30 tgh hari. sempat buat cake lagi hokey...

network mlm ni sangat la seloww, jadi tak dapat nak upload gambar-gambar petang tadi... nantila mommy upload  ok...

Friday, April 20, 2012

anak dara dah nak masuk 9 bulan ...

budak  bertuah, asyik kacau mommy je, semakin demand dan kuat melalak.. kadang-kadang dia buat mommy geram sangat-sangat......

ini pun dia kacau mommy nak update blog. mcm ni rupanya melayan karenah budak bijak, kadang-kadang rasa nak telan aje... dah ler daddy selalu sibuk, jarang kat rumah, budak nih pun susah nak tido...sabar sabar..

sabtu nih 21 april 2012 genap masuk 9 bulan. ntah apa lagi la karenah baru dia nak buat. ishh anak-anak, ini baru sorang!

Thursday, April 19, 2012

lama tak jumpa....

lately nih memang tak sempat nak update apa-apa entry kat blog nih, maklumlah mommy balik bercuti ke shah alam & johor, jadi sepenuhnya denga keluarga. cuma hari tu sempat masukkan entry pasal xandria sakit je. itupun pinjam laptop haziq (sepupu xandria)..

rasanya dekat 2 minggu jugak la tinggalkan rumah, seminggu lebih di shah alam, 3 hari di johor, then ahad balik ke AOR. penat nyer, xandria pon dah start meragam sebab penat berjalan. tak de apa yang menarik cuma sempat la ziarah kubur arwah mak & ayah. jumpa kawan-kawan, jiran-jiran...

masih takde idea nak menaip, insyaAllah akan datang mommy update lagi!

Monday, April 09, 2012

hari ni belanja sakan beli kereta baru xandria.....



rasanya dah habis 4 ribu beli barang anak dara, mommy punyer barang ada la dua helai baju jek. ishh geram betul!

stroller baru xandria
tadi mencari stroller untuk xandria, dapat sebijik, yang best tu kaler pink. so nice!  harga RM  239.00, melayang lagi, siap ngan eksesori, barang-barang xandria yang lain, total RM 300.00. bila fikit , takpe pelaburan jangka masa lama punyer, (cehh nak sedapkan hati)

 stroller yang ini buat display kat rumah sebab sangat berat dan besar, 9 kg hokey! dapat harga RM278.00
bila cakap dengan daddy trus dia cakap, mahalnyer!! tapi dia blom tgk lagi. sure suka sebab kaler pink. sebagai ganjaran, kena belanja mommy shopping hokey!

Joybi Buggy
stroller lama yang banyak berjasa, harga dalam RM99.00 jek
stroller lama nih dah uzur sangat jadi kena ganti dengan yang baru. then masa nak buang tadi sayu je rasa, siap cakap macam tinggalkan xandria kat tepi tong sampah. aduh berbelah bagi sangat-sangat. banyak berjasa walaupun dah uzur.

dah ada dlm wish list! RM299.00 ajeeee
so barang xandria tinggal car seat jek, (buat masa nih la) . so daddy its your turn yer laling!

Wednesday, April 04, 2012

wow xandria's play yard!

26024 Safety Play Yard

rasanya dah puas cari play yard. akhirnyer rezeki dapat kat my life bukit jelutong.brand my dear puas hati mommy, murah plak tu RM380.00. harga sebenar RM 459.90. so banyakkan dapat discout!

sekarang ni tak payah risau lagi dah, cuma nak kena jahit tilam nipis untuk letak kat dalam . so kalau tergolek takde la sakit sangat.. melayang duit mommy & daddy. anak-anak sekarang nih memang mahal betul!

Botol susu baru xandria

mommy beli botol baru untuk xandria. tergoda dek kaler pink tu la. tetapi anakku ini tak pandai minum guna botol nih. abis meleleh . aduh, mahal mommy bli, baby! nak tak nak kena la tukar botol baru lagi..

smalam pegi the curve bli botol biasa disney anakku. beli dua. satu besar, satu kecik. boleh la. itupun macam bocor jgak. rasanyer dia nak botol kiko jugak yang sesuai... sabar ajela!

xandria alergic telor!

jumaat lepas daddy balik kerja, we all semua balik ke shah alam. then the next day xandria's aunt duk bising tgk budak ni kecik je. mula la buat teori nak bagi telur separuh masak. malam tu daddy kena balik AOR coz the next day daddy kena pegi gong kedak. the next morning, its sunday, bermula la teori kakak-kakakku yang bijak sana nih. dibuatnyer telur separuh masak.. then bagi la xandria manja nih makan. ok tak sampai 1 hour abis ruam dah naik kat muka tu blom tengok lagi badan. bawa pegi klinik UMRA, masa tu pulak muntah...balik rumah je trus kena diarhea... xandria dh merengek tak selesa. sampai pucat muka dia. mommy dah risau dah. dah ler daddy takde. so return ke klinik. Doktor pulak takde. aduh. takpe la balik rumah sempat singgah beli breast pump. then malam , naik lagi ruam..letak la ubat pastu keluar pergi tesco. malam sebelum tidur mommy bagi susu, muntah balik. ermm tengok makin worst. mommy cover ngan ORS..

the next morning xandria lambat bangun dalam pukul 10 lebih, bila bangun jek dia lemah sangat. mommy dah risau. call mak azah ajak pegi hospital sungai buluh. sampai sana, YA Allah ramai nyer org. patah balik pegi klinik Umra. doc bagi ubat xepagan. alhamdulillah, makin ok. tapi mengantuk sikit. barulah mommy dapat tido.. huh penatnyer...

the next day mommy tengok xandria dah sihat. baru nak makan bubur. alhamdulillah. bawa jalan-jalan pegi ikea ngan abg ajeq.  tgk dah makin sihat dah. nasib baik tak teruk...

moral of da story: jangan pandai2 bagi makan pada baby!