Thursday, May 17, 2012

xandria sakit lagi...

salam semua, xandria baru je check out dari hospital (13 may 2012). mmg tak perasan pun pagi khamis tu dia mcm biasa je wlpun suhu badan naik sikit, then mommy bagi paracetamol. tgh hari mommy bawa pg RSAT, confirm demam. so doc bagi PCM je la. yang peliknyer sampai ke petang suhu dia tak jugak turun around 37.something, so mommy nekad nak bawa ke hospital. sampai sana dia masih active and doc pun suruh balik dulu. masa tu mommy dh suruh daddy balik, daddy pon trus balik dr penang. malam tu suhu dia naik lagi, sampai 38, dah jeram dengan air asam jawa masih tak turun . last sampai dia muntah , dah mommy terus bawa pegi hospital suhu kat sana 39.7! duk hospital la jawabnyer..

nasib baik la xandria tak kena sawan tarik rupanya banyak lagi baby-baby yang kena demam sampai kena sawan tarik. majoriti yang ada semua kena penyakit yang sama. malam khamis, jumaat , sabtu kami berkampung kat hospital then ahad baru discharge. tapi selama 2 malam tu mommy berjaga malam yer, anak dara merengek tak nk tido, mata terbeliak.klau ngantuk pun kejap dia lelap pastu, menangis.......... Tuhan je tau betapa kena kuat semangat mommy nak tengok xandria selamat dan sihat semula. waktu tu rindu dgn xandria masa dia sihat..

alhamdulillah, so sekarang xandria dah sihat, bukan sepenuhnya tapi dah active mcm biasa.. lega rasa tapi mommy yang tak lega, penat dan rasa nak pengsan. diibaratkan cermin yang retak seribu! memang nak kena massage nih, kepala berat sangat-sangat.

oh lupa hari smalam, sabtu 12 mei hari jururawat, HAPPY NURSES'S DAY! sebenarnya kalau nak diikutkan banyak jasa nurse nih. 3 hari duduk kat hspital, nurse ni dah mcm ibarat ibu yang datang lihat, bantu , buat segalanya utk anak (patient) . bukan tu saja , mana-mana patient yang tak boleh mandi, dia lapkan. kita pun belum tentu dapat buat kerja mcm nih. shift malam je, masih berjaga sediakan ubat,check patient.
macam-macam lah, so buat semua nurse didunia, TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN DAN LAYANAN ANDA. ANDA YANG BANYAK MEMBANTU KAMI SIHAT!

Selamat hari ibu

rasanya dah berhari-hari dah terlepas nak wish selamat hari ibu kat blog nih. so malam ni amik kesempatan nak wish SELAMAT HARI IBU buat arwah Bonda, HJH BIDAH yang telah lama kembali ke rahmatullah. semoga Allah mengmpunkan setiap dosa Bonda dan terlepas dari azab kubur dan api neraka. walaupun anakmu ini bukannya anak yg solehah yang taat, tapi anakmu ini tetap mendoakan mu dan mensedekahkan Alfatihah untuk bonda serta ayahanda di sana.. semoga Allah mengampuni dan semoga bonda dan ayahanda bahagia disana. halalkan setiap titik air susu, setiap titik keringat dan apa saja ketika membesarkan anakanda mu ini. Alfatihah..


sebak bila teringat kedua org tua yang telah tiada, kalau ditanya kekuatan diri ni, jiwa ni ibarat jambatan yg hanya bergantung kepada satu tiang, bila-bila boleh jatuh berderai menyembah bumi. itulah yg mommy rasa sejak kedua org tua mommy tiada lagi. hanya suami dan anak saja yg tinggal untuk mommy meneruskan sisa-sisa kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran.

hari ibu tahun ni tak disambut dimana-mana tempat yang istimewa, kebetulan tarikh yang jatuh tu xandria baru je nak keluar dari hospital setelah 3 malam disana. balik rumah je trus terbongkang tido, kononnya malam nak jugak keluar sambut tapi tak larat sangat-sangat. daddy beriya-iya ajak tapi mommy memang tak larat. jadi mommy cadangkan beli saja tapau tomyam , kita makan berdua. ermm tak romantik betul mommy ni kan!!

tapi tq to daddy yang bersusah payah cuba celebrate bersama, insyaAllahtahun depan kita sambut bersama yer..


apapun SELAMAT HARI IBU buat seluruh ibu didunia ini. semoga ibu-ibu menjadi contoh terbaik untuk anak-anak generasi akan datang..

salam sayang

mommy xandria

Sunday, May 06, 2012

bila si comel dah pandai panjat katil

holla, salam semua. lama tak post n3 kat blog nih, mana tak bz sekarang jaga anak, melayan anak, urus rumah tangga lagi. lagipun internet teruk sikit, slom movin gitu..

lately ni anak dara nih dah panjat katil, bila sampai atas laju je pegi kat kepala katil, mommy yang gayat. aduh cukuplah sekali dulu jatuh yang..nanti jatuh lagi kang!

sekarang ni si comel dh bertambah active, mommy da belikan dia car seat, of course la dari brand sweet cherry.. kat penang tau mencari. so takdelah susah payah nak memegang bila berjalan naik kereta. kena pulak daddy pegi kursus sebulan, ingat senang ker nak bawa dia keluar tanpa car seat. kira ini salah satu penyelamat. xandria comfortable sangat dengan car seat baru dia. oh mommy nak cari kejap then boleh upload, harga pun tak berapa mahal sgt.just nice!
Cleo carseat
cleo carseat RM269.00

tapi pilihan mommy kaler merah, sweet kan ada kaler kelabu..  ok car seat ni boleh adjust. 3 positions adjustable reclining backseats, so kalau jalan jauh boleh la baringkan jika baby/anak-anak mengatuk. jadi takde lah duduk je sepanjang jalan, lebih-lebih lagi kalau jalan jauh. so pada yang masih nak mencari carseat yang terbaik untuk anak, boleh lawat laman sesawang sweet cherry. just click then boleh tengok la, boleh beli secara online atau pun pergi terus ke AEON yang terdekat.kalau nasib baik, ada la stok..

ok mommy nak upload gambar Xandria kat johnson baby contest. manalah tau terpilih ker. ok selamat malam, daaa!